U N B R E A K A B L E

Arsenal tundukkan Liverpool , RVP hiro the gunners.
Sunday, March 4, 2012 | 9:13 AM | 0 comments

JUARA baru Piala Carling, Liverpool tersungkur di gelanggang sendiri selepas dua jaringan Robin Van Persie memberikan kemenangan 2-1 buat Arsenal pada pertemuan Liga Perdana Inggeris di Anfield, malam tadi.
Petanda malang Liverpool sudah terbayang pada minit ke-19 apabila sepakan penalti Dirk Kuyt berjaya diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.

Namun Liverpool berjaya juga mendahului pada minit ke-23 apabila pemain pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny tertolak masuk bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang Jordan Henderson.
Ia bagaimanapun tidak memudarkan semangat melawan Arsenal yang akhirnya berjaya membawa pulang tiga mata penuh menerusi dua jaringan Van Persie pada minit ke-31 dan masa kecederaan babak kedua.
“Ia sungguh bermakna. Dapat menjaringkan gol di Anfield sesuatu yang boleh dianggap besar kerana Anfield merupakan gelanggang yang hebat. Saya cukup bangga tetapi lebih bangga dapat membantu Arsenal meraih kemenangan di sini.
“Secara jujurnya saya tak rasa kami patut menang kerana Liverpool beraksi lebih baik. Tapi ini tetap kemenangan besar buat kami,” kata Van Persie.

The Past | The Future
Its All About ARSENAL ★


Hey,im the big fan of arsenal.so,please dont ask me why my blog full of those things.
click on my navigations above = B.A.P

Dasboard | +Follow
B. A.. P