U N B R E A K A B L E

Amukan Arsenal Benam Spurs 5 - 2
Thursday, March 1, 2012 | 9:13 PM | 0 comments


Arsenal FCArsenal5 - 2Tottenham HotspurTottenham Hotspur FC

Scoring Summary

ArsenalTottenham Hotspur
Bacary Sagna (40')Louis Saha (4')
Robin Van Persie (43')Emmanuel Adebayor (pen 34')
Tomas Rosicky (51')
Theo Walcott (65')
Theo Walcott (68')


Kekecewaan Arsenal yang dibelasah 0 - 4 kepada Milan dalam saingan Liga Juara-Juara 15 Febuari lalu ditebus setelah menewaskan Spurs 5 - 2 di Emirates sekaligus memberi amaran kepada Milan mereka mampu bangkit untuk layak ke suku akhir.Kejutan diawal permainan Arsenal  ketinggalan 0 - 2 dalam tempoh 34 minit menerusi jaringan Tomas Rosicky  dan Emmanuel Adebayor yang menyudahkan sepakan penalti namun kebangkitan Arsenal bermula minit ke-40 menerusi jaringan Bacary Sagna untuk merapatkan jurang gol.Jaringan pertama Arsenal telah mengubah situasi kerana tiga minit kemudian minit ke-43 Robin Van Persie telah menyamakan kedudukan menjadi 2 - 2 bagi membolehkan kedua-dua pasukan keluar menuju bilik berehat dengan keadaan terikat.Arsenal mula mendapat rentak di babak kedua dan berjaya menghasilkan gol pendahuluan minit ke-51 menerusi jaringan Tomas Rosicky untuk menjadikan kedudukan 3 - 2.Arsenal yang selesa mendahului terus merumitkan keadaan Spurs untuk meraih tiga mata kerana dalam tempoh tiga minit,iaitu minit ke-65 dan ke-68 Theo Walcott telah menyumbat dua jaringan untuk meletakkan Arsenal betul-betul dalam keadaan selesa.Kini Arsenal kembali mengungguli kedudukan keempat memintas Chelsea walaupun mempunyai sama mata kerana perbezaan jaringan gol lebih memihak kepada Arsenal.Minggu ini pertembungan menarik bakal disaksikan kerana Arsenal akan bertandang ke Anfield bertemu Liverpool yang baru sahaja dinobatkan juara Piala Liga menewaskan Cardiff City dengan penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan seri 2 - 2.

The Past | The Future
Its All About ARSENAL ★


Hey,im the big fan of arsenal.so,please dont ask me why my blog full of those things.
click on my navigations above = B.A.P

Dasboard | +Follow
B. A.. P