U N B R E A K A B L E

Pires ( bekas bintang Arsenal ) mahu pulang The Gunners
Friday, February 3, 2012 | 10:03 PM | 0 comments



Lagenda Arsenal, Robert Pires bayangkan kemungkinan kembali semula dalam bola sepak Inggeris.


Legenda Arsenal, Robert Pires sedang melihat untuk kembali ke bola sepak Inggeris setelah berlatih dengan bekas kelabnya.
Pires, yang menikmati enam tahun cemerlang di kelab yang berpusat di London, tidak bersama dengan mana-mana kelab sejak meninggalkan kelab Sepanyol, Villarreal selepas enggan melanjutkan kontraknya.
Midfielder Perancis, yang akan berusia 37 tahun akhir bulan ini, sangat berterima kasih bagi peluang berlatih dengan The Gunners muda dan berharap untuk mencari kelab baru dalam waktu dekat.
"Saya menghabiskan enam tahun yang indah di Arsenal. London bagaikan rumah sendiri, dan saya tahu saya akan kembali," katanya kepada majalah L'Equipe.
"Bagi tahap profesional, saya dapat membayangkan karier berterusan di sini."
"Arsenal telah menawarkan peluang untuk berlatih dan saya begitu berterima kasih kepada Arsene Wenger."
"Saya bekerja dengan skuad simpanan dan kadangkala dengan kumpulan profesional, itu sememangnya sempurna."
Pires mengakui bahawa dia akan bersara pada Januari nanti jika gagal menandatangani kontrak dengan kelab walaupun yakin bahawa dia masih boleh bermain 'lebih lama' daripada hanya enam bulan.
Dia memilih untuk tinggal di England dan menyatakan dia akan membuka tawaran untuk kelab dari Liga Perdana ataupun Liga Divisyen seperti Queens Park Rangers.
"England mungkin adalah tempat yang mana saya lebih berpeluang untuk mencari kelab," jelasnya.
"Di England, orang tidak melihat pada usia anda. Lain pula di Sepanyol, itulah sebabnya saya keluar dari sana."




The Past | The Future
Its All About ARSENAL ★


Hey,im the big fan of arsenal.so,please dont ask me why my blog full of those things.
click on my navigations above = B.A.P

Dasboard | +Follow
B. A.. P