U N B R E A K A B L E

Perpindahan Thomas Eisfeld ke Arsenal selesai
Friday, February 3, 2012 | 10:12 PM | 0 comments


Eisfeld masih belum tersenarai dalam skuad utama Dortmund.




Arsenal menyempurnakan perpindahan £400,000 midfielder Borussia Dortmund, Thomas Eisfeld.
Eisfeld, 19, menandatangani perjanjian jangka panjang di Arsenal setelah selesai ujian perubatan, disebabkan kebimbangan terhadap rekod kecederaannya, namun Wenger mengakui Eisfeld mempunyai semua aspek yang diperlukan untuk berjaya di Emirates.
"Dia prospek muda dengan bakat bola sepak yang baik," katanya.
"Dia ada gabungan aspek hebat yang boleh membenarkannya sesuaikan diri ke dalam kualiti pasukan kami. Asas teknik, pergerakan yang baik dan kemahiran. Kami yakin dia ada peluang untuk berkembang di sini."
Eisfeld berpindah ke Utara London selepas muncul dari Akademi kelab Dortmund, yang mana dia dinilai tinggi dan kini merupakan penjaring utama skuad bawah-19, dengan enam gol dalam 12 perlawanan.
Dia belum disenaraikan dalam skuad utama Dortmund, namun kelab itu berharap untuk memperbaharui kontraknya bulan ini, sebelum Arsenal muncul dan bersetuju £400,000 pampasan perjanjian, dengan Wenger mengakui terpaksa mendapatkannya bulan ini disebabkan 
situasi pemain.
"Kami merancang mendapatkannya pada akhir musim ini tetapi kami sedikit lebih awal kerana dia telah di akhir kontrak. Kami akan menggunakan tempoh ini untuk menyesuaikannya," tambah bos warga Perancis.

The Past | The Future
Its All About ARSENAL ★


Hey,im the big fan of arsenal.so,please dont ask me why my blog full of those things.
click on my navigations above = B.A.P

Dasboard | +Follow
B. A.. P