U N B R E A K A B L E

jual voucher buku : denda atau sebat
Wednesday, February 1, 2012 | 10:38 AM | 0 comments
Bertuahnya aku jadi rakyat Malaysia, siap dapat voucher RM200 lagi untuk beli buku dan alat tulis. 
Untung lah study kat UPNM pulak. Apapun Terima Kasih kepada Kerajaan atas bantuan ni. Sangat membantu student dan 
juga meringankan beban parents. 

Tapi dalam beberapa hari selepas kami semua terima voucher tu, sudah mula timbul idea pelik-pelik
 atas terlalu inginkan wang RM, bukan dalam bentuk voucher. Maknanya mereka ingin gunakan RM200 
tu bukan untuk membeli keperluan pembelajaran. 

Ada student ingin menjual Voucher RM200 tu dengan harga RM150, yang ingin membeli daripada rakan pun ade
 dengan harga yang murah dan macam-macam lagi idea. Yang paling best, aku terjumpa iklan dekat Mudah.my, seperti tertera d
ekat gambar bawah. Ada yang menjual secara online. Iklan ni published tak lama. Mungkin dah dikesan pihakberkuasa dan telah dipadam.



 Bagaimanapun pihak polis dah keluarkan kenyataan bahawa student yang cuba
 menjual Voucher Buku mereka akan diambil tindakan. 
Untunglah masuk penjara sebab jual Voucher Buku.


PUTRAJAYA: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang 

menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum
 penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya

 menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam
 kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan
 menyalahgunakan harta dengan curang.




The Past | The Future
Its All About ARSENAL ★


Hey,im the big fan of arsenal.so,please dont ask me why my blog full of those things.
click on my navigations above = B.A.P

Dasboard | +Follow
B. A.. P