U N B R E A K A B L E

Gervinho gesa Arsenal jangan jual V.Persie
Friday, February 17, 2012 | 7:49 AM | 0 comments

Gervinho mahu van Persie kekal.

Gervinho menggesa Arsenal supaya tidak menjual Robin Van Persie, ketika masa depan pemain Belanda itu terus diselubungi keraguan.
 
Van Persie merupakan tonggak cemerlang The Gunners musim ini, dia menjaringkan 22 gol Liga Perdana setakat kempen ini.
 
Pemain antarabangsa Cote d'Ivoire, Gervinho terdesak mahu Arsene Wegner mengekalkan tonggak mereka itu, memberitahu France Football, "Saya tak mahu Robin van Persie dijual."
 
"Arsenal sebuah pasukan yang memerlukan pemain dan pemimpin hebat di atas padang, dan Robin merupakan pemain yang mendorong rakan sepasukan agar bekerja dengan lebih kuat dan beraksi bersungguh-sungguh semasa perlawanan," katanya kepada penerbitan Perancis. "Menjadi satu impian untuk bermain dengannya. Dia adalah kapten, ketua kumpulan, tak syak lagi."
 
Selepas permulaan yang berkesan dalam kempen tahun lalu, Arsenal akhirnya menurun dalam usaha menamatkan kemarau tujuh tahun tanpa trofi.
 
Dengan The Gunners terkeluar daripada saingan gelaran untuk semusim lagi, Gervinho tentunya akan berharap kejayaan Liga Juara-juara boleh mengekalkan Van Persie di kelab itu.

The Past | The Future
Its All About ARSENAL ★


Hey,im the big fan of arsenal.so,please dont ask me why my blog full of those things.
click on my navigations above = B.A.P

Dasboard | +Follow
B. A.. P